Monday 6 August 2012

Cerita Lawak / Jenaka / Lucu / Gelihati : Teka-Teki Gelak Ketawa


1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!! 

Sumber : http://www.yynr.org/v1/news+article.storyid+469.htm

Pantun 4 Kerat

Anak kecil bermain di tepian,
            Tempat si rusa berkejaran juga;
Kasih ibu bermati-matian,
            Sanggup berkorban jiwa dan raga,

Bunga melur bunga siantan,
            Elok di simpan di dalam peti;
Cinta dan sayang bukan mainan,
            Harap dibawa hingga ke mati.

Ayu Cik Limah berkain batik,
            Mata yang memandang tidaklah jemu;
Hati terkenang budi yang cantik,
            Moga terbalas bila bertemu.

Terbang tinggi si rama-rama,
            Singgah sebentar di batang cempaka;
Rupamu menawan bak bulan purnama,
            Menjadi penawar dikala duka.

Pohon mempelam sudah berbuah,
            Pohon kelapa bila lagi;
Sudah dapat si gading bertuah,
            Tanduk sudah tak berguna lagi.

 Terbang tinggi si layang-layang,
            Tersangkut di dahan tangan tak sampai;
Hati terkenang wajah terbayang,
            Apakan daya hasrat tak sampai.

Kain batik tempat mengalas,
            Juga sebagai kain basahan;
Harta dan rupa hanya sekilas,
            Amal yang baik tetap bertahan.

Peti emas simpannya benang,
            Buat menjahit kain lebihan;
Jiwa merana hati tak tenang,
            Mengenang nasib jadi taruhan.

Burung tiung hinggap di perdu,
            Hinggap menunggu hujan berhenti;
Kalau rindu katakan rindu,
            Tidaklah hamba ternanti-nanti.

Sumber : http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1798

Pantun Dua Kerat

Suka duka kena sabar,
Makanlah bila lapar.

Nombor lapan nombor sembilan,
Basuh tangan sebelum makan.

Nombor dua nombor lapan,
Baca doa sebelum makan.

Baik hati orang sayang,
berhenti makan sebelum kenyang.

Nombor lapan nombor sembilan,
lepas makan basuh tangan.

Buah betik campur gula,
Buat baik dapat pahala.

Hari ahad hari selasa,
Buat jahat dapat dosa.

Cermin mata warna jingga,
Indah kata kerana bahasa.


Sumber : http://selokamelayu.blogspot.com/2008/06/pantun-dua-kerat.html

Salam Pengenalan


Cikgu Ima

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Salam perkenalan dari saya. Nama saya ialah Puan Norma Bt Ab. Talib. Saya adalah Guru Bahasa Melayu. Di sini saya berharap dapatlah kiranya saya berkongsi pengetahuan khususnya di bidang yang berkaitan dengan Bahasa Melayu. Sesungguhnya Bahasa Melayu kaya dengan bahasa yang indah, tutur kata yang sopan, dan sebagainya. Marilah sama-sama kita memartabatkan Bahasa Melayu. Sekian, terima kasih.